Nak Keje? Jom Klik

Freelance Jobs

DIY Guide


PANDUAN HANTARAN PERKAHWINAN
  1. Keunikan gubahan hantaran adalah terletak pada pemilihan dulang dan juga aksesori gubahan. Dulang warna perak dan dulang warna emas antara pemilihan biasadan sederhana.
  2. Kebiasaannya jumlah dulang hantaran adalah bernombor ganjil. Sama ada 5 dulang berbalas 7 atau 7 dulang berbalas 9 atau di sesetengah tempat, bilangan dulang hantaran ke dua belah pihak adalah sama.
  3. Berbincanglah dengan pasangan berapa dulang yang perlu anda sediakan dan senaraikan barang-barang hantaran kedua belah pihak seelok-eloknya berbincang bersama keluarga sekali.Elakkan hantaran yang datang sama warna dengan hantaran yang anda sediakan untuk si dia, ataupun jumlah hantaran lelaki jauh lebih banyak dari pihak perempuan.
  4. Tetapkan kombinasi dulang hantaran yang sedikit pihak lelaki dan lebih pihak perempuan, sebaiknya biarlah mengikut adat dengan angka ganjil. Jika lelaki bagi 11 dulang hantaran..pihak perempuan seeloknya balas 13 dulang.Jika boleh elakkan jumlah dulang hantaran yang terlalu banyak. Jumlah yang terlalu banyak menjadikan hantaran anda kelihatan tidak eksklusif lagi.. jika anda bercadang ingin memberi barangan yang banyak dan melebihi jumlah dulang yang dirancang, gandingkanlah barangan yang sesuai diletakkan dalam satu dulang. ( Contoh: Al-Quran+sejadah, Buah +coklat, Kasut+bag tangan).
  5. Dalam senarai barang perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri, makanan, buah tangan (contoh pihak lelaki bagi sepasang baju kurung, kasut, beg tangan, set perfume, kek, buah, coklat) setidak-tidaknya ada juga manisan atau buah tangan untuk ahli keluarga pengantin. Barulah lengkap, tak gitu?
  6. Seeloknya gunakan dulang yang sama bagi semua hantaran.Ini akan menampakkan keharmonian keseluruhan gubahan hantaran.
  7. Pastikan barang hantaran bersesuaian dengan saiz dulang yang dipilih. Elakkan dari membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar kerana pasti sukar nak mengubahnya disebabkan kebanyakan dulang hantaran adalah dalam saiz yang sederhana dan kecil.
  8. Pilih dulang hantaran yang tahan lasak dan ringan bersesuaian dengan majlis 
  9. Boleh juga sesuaikan pemilihan barang mengikut kerjaya pasangan jika kerja di pejabat bolehlah beri kasut formal, jika kerja yang tidak memerlukan kasut yang formal, anda bolehlah memilih kasut yang lebih kasual dan santai. Pastikan anda tidak memilih kasut but untuk dijadikan sebagai hantaran untuk si dia kerana bentuknya kurang manis dan tak sesuai untuk diletakkan di atas dulang hantaran, apatah lagi jika dihiasi bunga dan riben! 
  10. Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh. Untuk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang pada anda tapi jika ada lebih baik.
  11. Pilih warna barang hantaran anda mengikut warna yang bersesuaian untuk digabungkan dengan warna tema hantaran. Boleh juga untuk memilih warna yang sama antara barang hantaran dan tema dengan gandingan tona warna yang sesuai, namun kadang- kadang ia akan membuatkan gubahan kurang menyerlah jika tersilah pilih. Ini penting untuk menampakkan keserasian warna dengan barang hantaran.
  12. Boleh juga anda pilih warna-warna natural atau warna-warna selamat untuk barang hantaran contoh warna hitam, kelabu, coklat atau putih agar mudah disesuaikan dengan warna tema hantaran anda. 
  13. Anda boleh kombinasikan 1 - 3 warna barang hantaran dan tema warna hantaran, so jangan terlalu banyak warna yer..nanti nampak berkecamuk pulak hantaran anda.
  14. Sekiranya anda bercadang ingin memberi buah sebagai salah satu hantaran, pilihlah jenis dan warna buah yang sesuai dengan tema warna hantaran anda. Memadai jika anda memilih 1 hingga 3 jenis buah saja. Jumlah buah biarlah tidak terlalu banyak bagi mengelakkan dulang hantaran menjadi terlalu berat.
  15. Pemilihan fresh flower sebagai penyeri gubahan adalah kurang bersesuaian bagi perjalanan jauh.
  16. Sediakan sudut atau lokasi yang sesuai untuk meletak gubahan hantaran semasa majlis berlangsung.



TIP MENDEKORASI PELAMIN

  • Pilih tema dan konsep yang sepadan dengan dekorasi.
  • Citarasa dan idaman haruslah seiring dengan bajet dankos yang telah diperuntukkan.
  • Aksesori yang digunakan termasuklah lampu gantung, kerusi pelamin, bunga pahar dan juga hiasan gantung, sesuaikan dengan konsep yang ingin ditakpilkan.
  • Gubahan bunga antara tarikan dan fungsi utama menaikkan seri dekorasi dalam penampilan pelamin.
  • Aksesori seperti lantera, juntaian manik,bunga kertas, lampu kristal dan sebagainya mampu menjadi taikan. Namun begitu, perlulah bersesuaian agar tidak mengganggu upacara merenjis dan ruang yang ada.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...